Monday, December 06, 2010

Hidup aku masuk fasa baru!!!

Salam buat semua juga selamat menyambut tahun baru 1432H. Aku sudah pun memasuki fasa baru dalam hidup aku. Sekarang ni, dah takde lagi dah assignments, coursemates, dan yang sewaktu dengannye sebab kami semua dah pun konvo pada 13hb Oktober 2010 yang lepas. Coursemates aku sume dah jadi ex-coursemates. Hehe. Dan yang paling best, aku dah pun mula kerja sekarang ni... Tak sabar nak bergaji ni beb. Hehe.


Masa konvo hari tu, thank you very-very much buat Cik Gayah & Cik Mimi sebab sudi jadi "parents" aku untuk masuk dalam dewan tengok aku naik pentas. Apak aku datang aje tapi tak nak masuk sebab air-cond kuat, sakit lutut katanya. Apa lagi, berkobar-kobarlah cik berdua tu nak masuk dewan. Antara pengalaman yang tak dapat aku lupakan seumur hidup. Setelah penat aku perah otak & macam-macam lagi yang aku perah, alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku rasa apa itu konvokesyen. Memang best woo. Rasa macam nak naik pentas lagi. Harap-harap ada ler rezeki aku nak sambung masters nanti.


Sekarang ni pulak, aku dah kerja. Dah dapat posting, bak kata omputih. Hehe. Bila dapat aje tau result penempatan, macam-macam yang aku rasa. Seronok ada, seram-sejuk ada, haha. Sebabnya; 1st,aku dapat kat Kulai (aku panggil Kulaifornia, kelas sket. Haha), seronoklah sebab aku tak pernah sampai kat sana, apatah lagi nak bermastautin kat Johor tu haa. 2nd, aku dapat sekolah menengah pendidikan khas vokasional. sekolah menengah vokasional tapi PENDIDIKAN KHAS okay, PENDIDIKAN KHAS. Terkedu jugaklah aku mula-mula dapat tau result. Tapi aku dah pergi sekolah tu lapor diri pada 23hb November 2010 yang lepas. Not bad lah, sekolah kluster lagi tu you. Nervous jugak aku bila jumpa dengan pengetua aka bos aku. Tapi, yang seronoknya, geng kelas aku ada 4 orang yang posting sekali dengan aku. Itu kot antara hikmahnya.


Sekarang ni, aku tengah cuti. 13hb Disember 2010 ni, masuk kerja balik. Tak sabar nak balik Johor pun ada. Hehe. Tapi aku berkemungkinan tak lama kat sekolah tu. Ntah-ntah, tengah tahun depan aku kena transfer ke Kuantan sebab kat sana ada 1 sekolah baru yang sama jenis nak baru bukak. Johor or Pahang? Erm, mana-mana pon takpelah. Yang penting, kerja mesti ikhlas kerana Allah Ta'ala...



P/S: Bronze Garnet or other colours? Hehe...