Friday, September 30, 2011

Kecil tapi besar...

Aku percaya ramai orang mempunyai impian dan harapan yang tinggi menggunung dalam hidup masing-masing. Begitu juga dengan aku. Harapan dan impian aku juga tinggi. Jadi, aku mesti merancang apa yang patut untuk mencapai impian aku. Tapi, aku seringkali ingatkan diri aku bahawa gapai impian dengan cara yang "halal". Jangan tindas orang lain. Tak baik. Tapi aku pelik, sesetengah orang slumber je tindas orang lain demi kepentingannya sendiri. Mungkin dia tak pernah ditindas dan tak tahu macam mana sakitnya bila ditindas. Sakit beb, sakit sebenarnya. Bila mana kau yang buat segala-galanya, kau yang berusaha separuh nyawa, kau yang berkorban apa sahaja tapi orang lan yang dapat nama. Mesti sakit hatikan?

Bila bercakap soal hati, aku terkesima dengan bait-bait kata dalam drama bersiri Soffiya yang menjadi tontonan aku sejak akhir-akhir ini. Lebih kurang begini bunyinya, "Bagaimana hati yang kecil ni boleh menyimpan banyak rasa, banyak perasaan? Suka, sedih, marah, benci dan lain-lain lagi?". Sampai sekarang aku terfikir tentangnya. Barangkali, ini semua kuasa Tuhan. Memang hebat kuasa-Nya, mencipta seketul daging yang digelar hati yang boleh menyimpan banyak rasa.

Itulah hati. Kecil je tapi fungsinya sangat besar. Menjadi peneman setia setiap manusia di muka bumi ini tak kira dalam apa jua keadaan. Bila suka, ia gembira. Bila duka, ia sedih. Bila ditindas, ia akan sakit. Namun, perlu dicari penawarnya apabila ia sakit agar tidak membawa mudarat kepada sang manusia.


p/s: Sabarlah wahai hati. Itu je yang aku mampu lakukan sebenarnya...