Tuesday, January 24, 2012

Enjoy The Silence







Seriously, what's really going on in my mind lately?

Monday, December 12, 2011

Cuti Tapi Tak Cuti

Aku sekarang betul-betul rasa menjadi orang gomen sebab menurut perintah punya pasal, aku ditukarkan buat sementara waktu (harap-harap sepanjang cuti sekolah je...) untuk membantu apa yang patut di KPM ni haa. Putrajaya beb, Putrajaya. Haih...

Merasa jugaklah kerja kat opis gomen, 8-5. Macam ni rupanya. Dah hampir 3 minggu aku kerja kat sini. Kesimpulannya, aku memang dari dulu tak sukakan Putrajaya sebab bagi aku, tempat ni hanya untuk kerja. Tak lebih daripada itu. Malam sunyi. Hujung minggu, sepi. Membolehkan otak mati.

Dengan pertukaran aku ke sini, maka terputuslah hubungan aku dengan sekolah di Johor itu, SMPKVIP. Aku bukan lagi staf mereka dan aku tiada lagi kaitan dengan mereka. Tapi aku doakan anak-anak murid yang aku tinggalkan agar berjaya dunia akhirat.



P/S: Cepatlah siap sekolah kat Kuantan tu. Aku dah kronik kebosanan kat sini.

Monday, October 17, 2011

Tahankah?

Kepala rasa macam nak pecah. Esok pula ada satu perjalanan jauh yang perlu aku tempuhi. Laratkah aku nak memandu di sepanjang jalan untuk menuju destinasi yang aku sendiri pun tidak fasih tentangnya?










Ya Tuhan, kuatkanlah aku....

Tuesday, October 04, 2011

FOTORADUAN #Jomblo





Mari klik rame-rame: Perempuan Jomblo: FotoRaduan™ (Intro) - Peraduan Foto Bersama Perempuan Jomblo:










Sunyi itu sepi, sepi itu sunyi.
Masa yang sesuai untuk mencari arah diri.
Sendiri itu pasti.
Pabila sampai waktu yang hakiki...

Sunday, October 02, 2011

Seronok & Adil

Untuk pertama kali dalam hidup aku, aku pergi funfair malam tadi. Agak seronok tapi masuk pun ada dikenakan bayaran. Cet! But overall, nice & quite fun. Aku & kawan-kawan naik X Coaster. Pada masa terbabit, agak nak gugur jantung. Apa-apa pun, dapat juga aku masuk funfair. Haha....

Friday, September 30, 2011

Kecil tapi besar...

Aku percaya ramai orang mempunyai impian dan harapan yang tinggi menggunung dalam hidup masing-masing. Begitu juga dengan aku. Harapan dan impian aku juga tinggi. Jadi, aku mesti merancang apa yang patut untuk mencapai impian aku. Tapi, aku seringkali ingatkan diri aku bahawa gapai impian dengan cara yang "halal". Jangan tindas orang lain. Tak baik. Tapi aku pelik, sesetengah orang slumber je tindas orang lain demi kepentingannya sendiri. Mungkin dia tak pernah ditindas dan tak tahu macam mana sakitnya bila ditindas. Sakit beb, sakit sebenarnya. Bila mana kau yang buat segala-galanya, kau yang berusaha separuh nyawa, kau yang berkorban apa sahaja tapi orang lan yang dapat nama. Mesti sakit hatikan?

Bila bercakap soal hati, aku terkesima dengan bait-bait kata dalam drama bersiri Soffiya yang menjadi tontonan aku sejak akhir-akhir ini. Lebih kurang begini bunyinya, "Bagaimana hati yang kecil ni boleh menyimpan banyak rasa, banyak perasaan? Suka, sedih, marah, benci dan lain-lain lagi?". Sampai sekarang aku terfikir tentangnya. Barangkali, ini semua kuasa Tuhan. Memang hebat kuasa-Nya, mencipta seketul daging yang digelar hati yang boleh menyimpan banyak rasa.

Itulah hati. Kecil je tapi fungsinya sangat besar. Menjadi peneman setia setiap manusia di muka bumi ini tak kira dalam apa jua keadaan. Bila suka, ia gembira. Bila duka, ia sedih. Bila ditindas, ia akan sakit. Namun, perlu dicari penawarnya apabila ia sakit agar tidak membawa mudarat kepada sang manusia.


p/s: Sabarlah wahai hati. Itu je yang aku mampu lakukan sebenarnya...

Sunday, August 28, 2011

Penghujung dan Permulaan

Salam Syawal!!!


Lama jugak tak update blog. Nak kata sibuk sangat tu taklah. Tapi takda idea nak merepek. Pejam celik, pejam celik, hampir sebulan dah umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah puasa. Maknanya dah nak masuk bulan Syawal. Lagi 2 hari je nak raya.

Bercakap pasal raya, tahun ni adalah tahun pertama aku menyambut raya dalam keadaan berkerjaya. Dah ada gaji maka, faham-faham jelah. Dapat bonus 1/2 bulan gaji pun tak cukup. Memang bersyukur dapat bonus tapi belanja makin besar, barang makin mahal. Tahun ni 1st time siapkan semua barang-barang raya. Ada jugaklah excited sikit-sikit. Tahun ni jugaklah start tukar duit raya. Pergh! Kopak aku. Haha...

Penghujung Ramadan dah ni. Rebutlah sebanyak mana pahala yang boleh selagi mampu. Permulaan Aidilfitri pulak, janganlah nak membazir. Walaupun aku banyak jugak habis tahun ni, tapi takdalah sampai tahap membazir pada benda yang bukan-bukan. Kuih raya mahal beb, tu yang kopak aku. Haha.

Semoga Ramadan yang bakal berakhir ni, dapat lagi ketemu dengannya pada tahun hadapan dan semoga Syawal yang bakal menjelang nanti akan memberikan 1001 kegembiraan & kehidupan yang penuh dengan limpahan rahmat-Nya kepada aku dan semua...




SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN.