Sunday, July 31, 2011

Bukan Sahabat

Mengapa kau hanya mendengar angin,
Kenapa kau tak cuba mencari dari mana angin bawa debu,
Angin sahaja yang kau percayai,
Sedangkan aku serahkan jasad dan rohku untuk kau amati,
Sebenarnya aku ingin duduk satu tikar dengan kau,
Atau menghayunkan langkah dengan menuju satu titik di depan sana,
Aku tak ingin sendiri dan tak mahu berpisah dari kau,
Namun cerita kau mulai bau hamis dan otak kau aku rasakan basi,
Ternyata tak semua yang aku suka mesti aku pilih termasuk kau.



- Fitri Susila

Ramadan Kareem!!!

Salam Ramadan buat semua umat Islam di muka bumi Allah ini. Moga kita dapat menjalani ibadah puasa pada kali ini dengan sebaik-baiknya, InsyaAllah...



Friday, July 29, 2011

Ssyyyhhh...

Salah-satu tips untuk hidup bahagia:





















Diam.

Wednesday, July 27, 2011

Err, terima kasih ya!?

Kali ni aku nak cerita sikit pasal membeli-belah. Maklumlah, tak lama lagi nak puasa. Lepas puasa nak raya pulak tu kan? Kompom punya ramai yang bersedia nak membeli-belah.

Kat sini aku ada satu tips untuk kamu-kamu orang semua. Tips bila kita masuk sesebuah kedai (niat nak tengok-tengok je sebenarnya), lepas tu macam segan nak keluar sebab bapaklah lamanya membelek-belek tapi tak beli. Aku paham perasaan kamu-kamu semua sebab aku pun selalu buat macam tu. Dah nama pun window shopping kan? Kahkahkah...

Okay, bab belek-membelek ni memanglah kepakaran kaum hawa. Kalau nak beli sesuatu barang tu, punyalah lama. Tapi last-last, takda pun yang dibeli. Alasan, takda yang terpaut di hati. Hehe. Contohnya, kalau kau pergi ke kedai emas ke, kedai komputer ke, kau buat macam ni; bila rasa dah terlalu lama kau lepak dalam kedai tu tapi tak nak beli apa-apa, kau mintalah kad bisnes tokey kedai. Cakap je dengan orang tu; "Manalah tau, saya ada terniat pulak nak beli, nanti senang nak contact."

Lepas tu, kau blahlah... Apa lagi tunggu lama-lama. Tapi jangan lupa ucap trimas okay! Heheh...



p/s: Cubalah. Aku memang selalu buat macam ni. Boleh juga di apply bila ada salesman atau salesgirl yang paksa-paksa kau beli barangan dia. Kompom dia bagi punya kad bisnes dia & lepas tu kompom senang kau nak blah dari situ. Tapi kalau shopping kat tempat macam Jalan TAR, boleh abaikanlah tips aku. Heheh...


Monday, July 25, 2011

Bukan mudah.

Rezeki aku dapat mengajar di sekolah pendidikan khas. Dan ya, bukan mudah. Dengan pengalaman yang zero, aku teruskan juga rutin harian aku sebagai cikgu pendidikan khas yang mengajar budak-budak istimewa. Macam-macam ragam yang ada. Kalau kau tak kuat, memang tak boleh aku rasa.

Tapi, sudah hampir 7 bulan aku kat sini, aku fahamlah juga fiil murid-murid kat sini. Antara yang popular ialah Wong Chee Ching, yang pada mulanya bagi aku adalah yang paling "istimewa". Dia seolah-olah hidup dalam dunianya sendiri. Nak suruh cakap BM pun tak berapa boleh. Kalau nak berkomunikasi tu, memanglah payah.

Tapi mungkin dia tinggal di asrama dan berkawan dengan murid-murid yang lain, sekarang dia semakin boleh berkomunikasi dalam BM walaupun perbendaharaan katanya tidak banyak mana. Itu adalah sedikit sebanyak kisah salah seorang murid istimewa aku.

Sebenarnya, aku rasa agak seronok sebab hari ni Chee Ching boleh mengeja bila aku suruh dia mengeja. Aku mengajar BI sebenarnya tapi kelas pemulihanlah. Tu lah sebabnya aku rasa tugas aku agak berat sebab aku langsung takda asas untuk ajar pemulihan. Tapi hari ini, aku seronok sebab Chee Ching dah boleh mengeja dan kenal huruf walaupun tak selancar mana. Tahniah Chee Ching!

Sunday, July 24, 2011

Tired

Today, just still the same.
Maybe it becomes more awkward.
Really tired with all of this.
Hope everything will gonna be just fine.


Please.......




I really hope that...

Hope

I hope the next day will be better than what i had before.

Tapi, bila harapan yang kau harapkan tu tak kesampaian, pasti kecewa bukan? Aku pun macam tulah. Very frustrated. Tapi realitinya, apa yang kau selalu harapkan tu takkan menjadi.

Aku sering mengajar diri aku supaya jangan berharap sangat pada sesuatu perkara, sebabnya akulah yang akan kecewa bila ianya tidak menjadi kenyataan. Hanya fantasi semata-mata. Namun, masa berharap tulah kadang-kala yang akan membuatkan diri aku rasa seronok. Sebab? Sebabnya masa itulah, khayalan terhadap perkara-perkara "fairy tale" sangat banyak. Maksud aku, kita pasti akan menggambarkan benda yang best-best je. Ye dak? Tapi yang pasti, realitinya kadang-kala amat menyakitkan.







p/s: Aku sedang sakit sekarang ni. Sangat sakit. Tak tahu mana nak cari ubat sebab aku tahu yang semua hospital @ klinik dalam dunia ni tak ada ubat yang boleh pulihkan aku.

Saturday, July 23, 2011

Perasaan

Kebelakangan ini aku agak banyak memikirkan tentang orang lain sehinggakan perasaan aku sendiri...













































terabai.

Don't have Myspace anymore...

Myspace

Monday, July 18, 2011

Hidup yang penuh dengan warna-warna kehidupan...

Baru 7 bulan kerja tapi sudah macam-macam yang aku alami. Rezeki agaknya. Tapi yelah, itu sebenarnya yang membuatkan hidup aku jadi lebih warna-warni. Ada hitam, putih, hijau, kelabu pun ada.

Hidup ini bagaikan satu putaran roda yang berputar tanpa arah. Kitalah yang mengemudinya. Kalau mengarahkan ia ke kanan, ke kananlah ia dan jika mengarahkan ia ke kiri, ke kirilah ia.

Di usia yang sebegini, aku cuba sehabis baik untuk mengemudi hidup aku supaya segala yang aku bakal lalui akan menjadi seindah pelangi. Namun, hujan pasti akan turun di tengahari. Untuk itu, aku juga cuba sedaya-upaya untuk menyediakan payung bagi aku berteduh. Tapi apakan daya, ada juga sebahagian daripada baju yang membaluti tubuh aku basah dek air hujan. Tindakan aku, tunggu hujan berhenti dan tunggu baju aku kering.

Kesimpulannya, fikir positif. Pasti pengakhirannya, mendamaikan...

Friday, July 15, 2011

Mahu

Apa yang aku mahu dalam hidup aku? Aku pun sebenarnya tak tahu.

Jika ada kemahuan, kadang-kala sering dimatikan. Itu yang membuatkan aku malas untuk berkeinginan. Boleh mematikan, mematikan hati dan perasaan. Walau setinggi mana kemahuan, jika ditidakkan, maka tinggallah kenangan. Apalah nasib badan. Hidup umpama tiada arah tujuan. Bergelandangan.

Haih, susah nak cakap. Aku terima sahaja apa yang telah tertulis untuk aku. Itu semua kurniaan-Nya. Aku cuma berharap agar akan ada warna-warna ceria yang bakal mewarnai hidup aku pada masa akan datang. Insyaallah...