Tuesday, April 26, 2011

Hilang jiwa...

Jasad yang kehilangan jiwa,
Bagaikan hilang semangat dan punca,
Hilang arah,
Berkelana,
Seksa,
Terkapai-kapai tanpa khabar berita...

Ikhlas atau...

Aku sangat benci bila mana tiada keikhlasan yang terbit dalam diri aku bila aku buat sesuatu kerja. Tidak lama selepas itu mesti aku akan rasa tiada kepuasan yang membolehkan aku enjoy semasa bekerja. I really hate this kind of feeling. Tapi,aku akan cuba untuk melakukan sesuatu kerja dengan sebaik-baiknya. Kerja itukan amanah.


Actually, bila sentuh tentang bab keikhlasan ni, bagi aku, macam cantiklah jugak, subjektif. Aku percaya bagi setiap orang, mesti lain-lain makna keihklasannya. Tapi cuba fikir balik, bila kerja dalam keterpaksaan, bolehkah kau ikhlas buat kerja tu? Kau kena selalu tanya dengan diri kau sendiri, ikhlaskah dikau?


Itu sebablah aku tak suka bila orang paksa-paksa aku buat kerja. Lebih-lebih lagi bila kerja yang aku lakukan itu untuk kepentingan diri si polan-si polan. Wallaweh... Meluat aku dengan orang yang macam tu. Confirm aku tak ikhlas buat kerja yang kau bagi.


p/s: Lately aku banyak merungut. Memang banyak. Kalau dikumpulkan rungutan aku, mungkin boleh lawan ketinggian Gunung Kinabalu. Tapi fikir balik sebab apa orang merungut. Mesti sebab ada ketidaktelusan di pihak yang lagi satu. Aku pun bukannya tak waras nak merungut jika semua benda "on track". Ada paham?

Monday, April 25, 2011

Jadual!!!

Aku sekarang memang seram bila dengar perkataan jadual. Aku rasa hidup aku sekarang based on jadual semata. Kat rumah ada jadual. Kat tempat kerja apatah lagi. Kadang-kadang naik tension aku. Asyik-asyik jadual, jadual, jadual, jadual. Sebabnya aku ni bukanlah orang yang suka terikat. Tapi disebabkan aku ni seorang yang berdisiplin, aku turutkan jua. Actually aku tak kisah sangat pun. Cuma bila ada yang membuatkan jadual hidup aku jadi porak-peranda, haa, memang aku rasa macam nak luku-luku je kepala hotak yang berkenaan.


Tapi mungkin jadual-jadual ni semua merupakan satu titik tolak untuk merubah aku menjadi seorang yang lebih positif, maksud aku, menjadi seorang yang lebih berdisiplin (walaupun aku memang budak baik yang berdisiplin, haha). Cuma, janganlah menunggangterbalikkan hidup aku. Tolonglah ya, aku pun nak menikmati kemanisan hidup juga. Al-maklumlah, mak masih muda nyah...

Sunday, April 24, 2011

Minggu yang sibuk

Minggu ni aku rasa macam tak cukup nafas. Nak kata aku banyak kerja kat tempat kerja pun tak jugak. Tapi, rasa letih yang amat. Rehat masa lelap mata je. Selagi tak lelap mata, selagi itulah ada saja aktiviti. Letih beb. Tapi nak buat macam mana, saya yang menurut perintah. Selagi ada kudrat, selagi itu perintah akan dituruti.

Biasalah, kerja tak akan berkesudahan. Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah kerja akan datang kepada kita. Tapi aku bukan seorang yang suka memandang sepi kerja yang orang sudah bsgi pada aku. Bagi aku, kerja itu amanah & tanggungjawab yang perlu kau siapkan. Kalau kau dah dapat kerja tapi kau ambil sambil lewa, memang kau adalah seorang yang sangat tidak bertanggungjawab. Kalaupun kau tak faham atau tak tahu macam mana nak buat, kau tanya. Kau bukannya bisu. Orang bisu pun boleh berkomunikasi. Inikan pula orang yang ada mulut & suara.

Bila aku "diberi peluang untu jadi warden" kat asrama ini, mula-mula aku rasa berat hati. Sebab aku fikir, warden ni banyak tanggungjawab. Besar amanah yang kena kendong. Kena jaga anak orang. Bukan seorang dua tetapi beratus-ratus. Namun, lama-kelamaan, aku dah anggap budak-budak ni macam adik-adik aku. Kadang-kadang memang boleh bikin hati panas. Tapi kadang-kadang kesian. Jadi, selagi aku di sini, aku akan cuba buat yang terbaik. Cuba untuk jaga budak-budak ni dengan baik. Mana tahu, satu hari nanti kalau aku sudah berkeluarga, orang akan jaga anak-anak aku elok-elok.



p/s: Hidup ini penuh dengan hukum karma. Kau jangan gatal-gatal nak pedajal orang kalau kau tak nak orang pedajal kau balik. Simple kan?

Friday, April 22, 2011

Hari ini hari Jumaat

Pejam celik, pejam celik sudah pun sampai hari Jumaat. Aku sepatutnya rasa happy sebab esok cuti tapi masih banyak benda yang aku perlu selesaikan (rasanyalah).



p/s: Saya yang menurut perintah.

Thursday, April 21, 2011

Sekolah

Hari ni macam rilek sikitlah. Budak-budak ramai tak ada. So, aku boleh lepak-lepak sambil bersosial. Haha. Kepada cikgu-cikgu di luar sana, jangan contohi aku. Ada relief pulak. Bye.

Wednesday, April 20, 2011

Sibukkah aku?

Dah lama aku tak update blog. Sejak start kerja, kehidupan aku jadi lain. Tak serupa dulu. Rindu betul zaman belajar dulu. Anak murid aka 'anak' pun ramai yang nak kena jaga. Sekarang ni pun aku tak tahu nak taip apa. Otak macam berserabut. Bukan macam tapi memang berserabut. Haih....






P/s: Ada banyak unfinished business. Tunggu masa nak finish kan aje ni.