Tuesday, May 10, 2011

"Orang gesa saya, saya gesalah orang"

Hello!!!!!

Boleh ke kau buat macam tu? Mentang-mentanglah kau tu "orang besar", suka-suka hati kau je nak bagi kerja kau pada orang lain. Sejak aku masuk kerja kat sini, aku perhatikan yang majoriti kerja kau, kau suruh orang lain buat. Pandai berbicara tentang keberkatan duit gaji tu. Tapi kau...

Aku sebenarnya paling pantang dengan orang yang cakap tak serupa bikin. Berbulu, meluat aku tengok. Aku peduli apa kau tu siapa. Tapi kalau kau bangga sangat yang kau tu lebih tinggi darjat daripada aku, sikit pun aku tak heran. Lainlah kalau kau buat kerja kau dengan sehabis baik. Sah-sah aku respek.

Bengang yang tak berkesudahan. Manusia memang macam-macam ragam. Tapi tolonglah fikir pasal orang lain. Kau jangan ingat yang kau tu dah di tahap yang selesa, kau boleh buat apa yang kau suka. Nanti-nanti bila kau jatuh gedebuk, kau fikirlah balik, berkat ke gaji kau tu????

Wednesday, May 04, 2011

Naik lagi...

Arrrgggghhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Minyak ron97 naik lagi. Makin lama, makin rabak duit poket aku tiap-tiap bulan. Sejak aku mula kerja ni, barulah aku tahu susah senang mencari rezeki. Tapi buat masa ni, aku masih mampu hidup. Dapat je gaji yang paling penting, aku akan selesaikan semua hutang-piutang aku untuk bulan tersebut. Selepas tu, faham-faham sendirilah.

Belum masuk bulan seterusnya lagi aku dah pokai. Sangat terasa kepokaiannya. Lagilah bila dengar minyak naik lagi. Tension aku dibuatnya sebab aku guna ron97 untuk "boyfriend" aku tu. Sekarang dah RM 2.90 daripada RM 2.70. Parah-parah. Terpaksalah aku guna ron95 untuk si dia. Sengal betul. Kereta sayang, poket pun sayang tapi poket perlu diutamakan dahulu. Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang kebulur.

Aku tak faham dengan kerajaan sekarang ni. Kerajaan yang mana aku menjadi salah seorang "penurut perintahnya". Kerajaan yang banyak memberikan janji-janji manis kepada rakyatnya (pada hal menyesakkan rakyat sebenarnya). Sangat berbeza dengan kerajaan yang suatu masa dahulu agak dikagumi oleh aku. Namun sekarang jika orang tanya pada aku pasal kerajaan kita, aku akan berfikir lebih 10 kali untuk memberikan sebarang komen.

Propaganda melangit macam haram tapi habuk pun tarak. Lately, penyebaran video sekslah, skandallah, itulah, inilah, macam negara yang tidak ada tamadun. Come on lah Malaysia, kata nak jadi negara yang membangun. Kalau macam ni gayanya, habislah tergadai negara. Pemimpin pun satu, lagilah aku tak faham apa yang ada dalam benak mereka. Terus-terang aku katakan, aku memang susah nak respek mereka. Dengan cara yang sebegitu, kirim salamlah kalau aku nak sujud & melutut pada pemimpin yang macam tu. Buang karan tahu tak? Buang karan. Mana kata-kata yang mahu mendahulukan rakyat? Janji-janji yang ditaburkan untuk menjaga kebajikan rakyat jelata? Jangan nanti yang kaya terus kaya & yang miskin akan terus miskin sudah.




p/s: Malam ni memang aku rasa hangin semacam sejak aku dapat berita yang minyak ron97 naik lagi. Aku boleh je pakai ron95 tapi aku tak tahu kenapa aku marah sebenarnya. Marah sangat. Kecewa pun ada. Aku kecewa dengan pengemudi negara yang aku bermastautin. Aku kecewa dengan cara mereka kemudi negara tanah tumpah darah aku ni.

Monday, May 02, 2011

Moga sampai syurga...

Semakin ramai kawan-kawan aku yang mendirikan masjid. Semalam pun ada. Dan aku adalah salah seorang jemputan. Gagah memandu sampai ke Melaka yang sesak macam apa entah. Aku akan ingat sampai bila-bila yang bila ada cuti, Melaka adalah salah satu tempat yang akan aku hindari.


Okay, tutup cerita pasal Melaka. Tahun ni memang ramai kawan-kawan aku yang menamatkan zaman bujang. Tahniahlah kawan-kawan. Dan tahniah jugak buat Wahidah & pasangan. Moga kekal selamanya. Juga untuk Simah & Fadly serta kawan-kawan aku yang bakal jadi raja sehari tidak lama lagi.


Tahniah guys!


p/s: Jangan tanya bila turn aku. Aku nak kumpul harta dahulu.

Sunday, May 01, 2011

Rehat & Rawat.

Minggu ni memang agak hectic. Ada sukan tara, & macam-macam lagi. Tapi ada juga cuti panjang. Hari untuk semua para pekerja di Malaysia. Bolehlah berehat-rehat, bersenang-senang. So, gunakanlah masa 3 hari ni sebaik mungkin.



p/s: Esok nak ke Melaka. Ada kawan kahwin. Tahniah beb.