Masa hari last tu memang sedih. Maklumlah, hampir 4 bulan aku ajar mereka, tup-tup, habis macam tu je. Ada jugak yang menangis & suruh aku ajar dorg lagi tapi nak buat macam mana, tempoh latihan aku sudah pun berakhir. Tapi sampai hari ini, tiap-tiap hari aku terima sms daripada budak-budak tu. Aku pun dah anggap dorg macam adik-adik aku sendiri & bila dorg hantar sms, dorg tak segan bercerita kat aku kalau-kalau ada apa masalah. Dan setiap hari aku cuba untuk bagi semangat pada dorg lebih-lebih lagi sekarang mid-year exam dah nak dekat.
Orang cakap mula-mula memanglah dorg macam terasa kehilangan sebab yelah, aku ambil kelas dorg pon dari awal tahun. Kalau yang budak-budak tingkatan 1 tu lagilah, sampai ada yang fikir kami yang praktikal nilah cikgu sebenar yang akan ajar dorg sampai akhir tahun. Tapi masa nilah aku kena bagi banyak semangat kat dorg sebab ada yang bagi tahu aku, dorg tak mahu belajar kalau aku tak ajar. Adeh, pening gak kepala aku nak pujuk dorg. Tapi tiap-tiap hari aku bagi kata-kata semamgat kat dorg & aku tengok sejak akhir-akhir ada yang dah boleh terima. Harap-harap semua ex-student aku berjaya dalam exam yang akan datang & cikgu akan doakan kejayaaan kalian semua. Amin....
No comments:
Post a Comment