Thursday, November 12, 2009

13 November 2002...

13 November 2002. Satu tarikh yang aku takkan lupakan selagi hayat dikandung badan. Pada tarikh inilah, arwah mak aku pergi tinggalkan kami semua buat selama-lamanya. Pada masa tu, aku berusia 16 tahun. Aku rasa agak menyeksakan juga sebab tahun berikutnya aku akan hadapi peperiksaan besar, SPM. Perasaan aku pada waktu itu toksah ceritalah, Tuhan sahaja yang tahu. Maklumlah, aku anak tunggal. Tak ada adik-beradik. Pada mak ayah aku jelah aku nak cerita semua perkara. Tapi, aku memang lebih rapat dengan arwah mak aku. Semua perkara daripada hal sekolah hinggalah hal kawan-kawan, semua aku ceritakan pada arwah mak aku. Tak ada yang aku sembunyi. Kat bapak aku tak brape sangat. Biasalah, bapak. Busy dengan kerja lagi.


Aku memang tak sangka. Kepulangan kami ke kampung (Machang, Kelantan) pada bulan November tahun 2002 rupa-rupanya "kepulangan" arwah mak aku buat selama-lamanya. Orang cakap, mereka yang dah nak "pergi" sebenarnya dah tahu tapi tak tahu bagaimana caranya nak bagi tahu pada waris-waris. Bila diingat-ingat balik, ada petanda yang arwah mak aku bagi, cuma aku yang tak perasan. Mengingati mati ini satu perkara yang patut diingati selalu tapi, memang tak terpikir pun hal-hal sebegitu pada waktu itu.


Arwah mak aku memang betul-betul nak "pulang" ke pangkuan keluarganya. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya, dia dikebumikan pun, di sebelah pusara arwah tok ayah aku. Sekarang, dah 7 tahun arwah mak aku pergi tinggalkan aku dan bapak aku. Pejam celik, pejam celik, sekejap je. Aku pun tak lama lagi insyaAllah, akan bergelar cikgu. Tapi terkilan juga sebab arwah mak aku tak dapat lihat semua ni. Tak dapat lihat aku masuk Ting. 6, tak dapat lihat aku masuk U, tak dapat lihat aku berkerjaya nanti, dan tak dapat lihat aku berkeluarga (kalau umur aku panjang...).



Sedih......
I miss you, mom... Really-really miss you....

2 comments:

Anonymous said...

tabahkan hati,kuatkan semangat
banyak2 amal dan doa utk arwah ibu ko
semoga roh arwah dicucuri rahmat
insyaAllah

Lydd Amzah said...

tq pai...