Tuesday, April 26, 2011

Ikhlas atau...

Aku sangat benci bila mana tiada keikhlasan yang terbit dalam diri aku bila aku buat sesuatu kerja. Tidak lama selepas itu mesti aku akan rasa tiada kepuasan yang membolehkan aku enjoy semasa bekerja. I really hate this kind of feeling. Tapi,aku akan cuba untuk melakukan sesuatu kerja dengan sebaik-baiknya. Kerja itukan amanah.


Actually, bila sentuh tentang bab keikhlasan ni, bagi aku, macam cantiklah jugak, subjektif. Aku percaya bagi setiap orang, mesti lain-lain makna keihklasannya. Tapi cuba fikir balik, bila kerja dalam keterpaksaan, bolehkah kau ikhlas buat kerja tu? Kau kena selalu tanya dengan diri kau sendiri, ikhlaskah dikau?


Itu sebablah aku tak suka bila orang paksa-paksa aku buat kerja. Lebih-lebih lagi bila kerja yang aku lakukan itu untuk kepentingan diri si polan-si polan. Wallaweh... Meluat aku dengan orang yang macam tu. Confirm aku tak ikhlas buat kerja yang kau bagi.


p/s: Lately aku banyak merungut. Memang banyak. Kalau dikumpulkan rungutan aku, mungkin boleh lawan ketinggian Gunung Kinabalu. Tapi fikir balik sebab apa orang merungut. Mesti sebab ada ketidaktelusan di pihak yang lagi satu. Aku pun bukannya tak waras nak merungut jika semua benda "on track". Ada paham?

No comments: