Sunday, April 24, 2011

Minggu yang sibuk

Minggu ni aku rasa macam tak cukup nafas. Nak kata aku banyak kerja kat tempat kerja pun tak jugak. Tapi, rasa letih yang amat. Rehat masa lelap mata je. Selagi tak lelap mata, selagi itulah ada saja aktiviti. Letih beb. Tapi nak buat macam mana, saya yang menurut perintah. Selagi ada kudrat, selagi itu perintah akan dituruti.

Biasalah, kerja tak akan berkesudahan. Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah kerja akan datang kepada kita. Tapi aku bukan seorang yang suka memandang sepi kerja yang orang sudah bsgi pada aku. Bagi aku, kerja itu amanah & tanggungjawab yang perlu kau siapkan. Kalau kau dah dapat kerja tapi kau ambil sambil lewa, memang kau adalah seorang yang sangat tidak bertanggungjawab. Kalaupun kau tak faham atau tak tahu macam mana nak buat, kau tanya. Kau bukannya bisu. Orang bisu pun boleh berkomunikasi. Inikan pula orang yang ada mulut & suara.

Bila aku "diberi peluang untu jadi warden" kat asrama ini, mula-mula aku rasa berat hati. Sebab aku fikir, warden ni banyak tanggungjawab. Besar amanah yang kena kendong. Kena jaga anak orang. Bukan seorang dua tetapi beratus-ratus. Namun, lama-kelamaan, aku dah anggap budak-budak ni macam adik-adik aku. Kadang-kadang memang boleh bikin hati panas. Tapi kadang-kadang kesian. Jadi, selagi aku di sini, aku akan cuba buat yang terbaik. Cuba untuk jaga budak-budak ni dengan baik. Mana tahu, satu hari nanti kalau aku sudah berkeluarga, orang akan jaga anak-anak aku elok-elok.



p/s: Hidup ini penuh dengan hukum karma. Kau jangan gatal-gatal nak pedajal orang kalau kau tak nak orang pedajal kau balik. Simple kan?

No comments: