Monday, October 04, 2010

Buat-buat bodoh?

Buat-buat bodoh. Aku yakin ramai yang suka buat macam ni lebih-lebih lagi berdepan dengan orang yang sangka dirinya cerdik pandai. Tapi pada hakikatnya, haram. Aku pon kadang-kadang naik pelik jugak. Hebat sangat ke rasanya bila mengangkat diri kita ni sebagai cerdik pandai yang lebih daripada orang lain? Bukankah bersederhana dalam setiap hal dalam kehidupan itu adalah lebih baik?

Tapi kadang-kadang aku suka juga bila berdepan dengan orang yang sebegini. Layankan aja apa yang diceritakan. Lagi pun aku memang agak "pakar" dalam buat-buat bodoh ni terutamanya bila aku bersama dengan orang-orang sebegini. Hehe, saja nak bagi orang tu rasa yang dialah yang paling pandai & hebat dalam dunia ni.

Tapi pada hal, dalam hati aku, Tuhan jelah yang tahu. Meluat yang amat-amat. Bila fikir-fikir balik, orang-orang sebegini sebenarnya menunjukkan ke"bodoh"an mereka sendiri tanpa mereka sedari.




Cuba fikir balik, betulkan apa yang aku beritahu?


Peace no war (^_^)v

Tuesday, September 28, 2010

Eid

Salam Eid Mubarak everyone. Dah nak habis raya baru aku berkesempatan nak berblog pasal raya ni haa. Tapi tak apa, rayakan sebulan. This year aku sambut raya kat kampung halaman my late mom, Kelantan. But Aidilfitri kat Kelantan tak berapa meriah. Tak macam Aidiladha. Kalau dah nama pun kampung, time-time raya macam ni, jangan haraplah dapat keluar pegi mana-mana. Bukannya ape, jalan jammed giler. Mau kebas kaki aku kalau drive. Tapi, perkara biaselah tu, nama pun kampung. Orang kebanyakannya balik kampung time raya. Itu pasal sesak. KL je yang lengang. Boleh siap baring kot kat atas jalan raya time raya-raya cenggini. Hehe. Tapi seronok gak bila dapat beraya dengan sepupu-sepapat aku yang kecik-kecik tu. Meriah. Hehe. Malam-malam menjelang raya je kami buat biskut raya. Macam tak caya je aku buat biskut raya. Al-maklumlah, muka aku ni kalau bab-bab masak-memasak ni memang anti sikit. Haha. Apa-apa pun, aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua umat islam di atas muka bumi ni. Tak terlambat lagikan? Hehe...



p/s: Tahun ni tahun last aku dapat duit raya (aku still dapat lagi tau, jangan jeles...) & tahun depan bermulalah episod wallet aku akan rabak bila tiba musim raya. Arrgghhh!!!

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadan Al-Mubarak

Assalamualaikum semua. Pejam celik, pejam celik, esok semua umat Islam kat Malaysia ni mula berpuasa. Antara yang paling sinonim dengan bulan Ramadan ialah solat sunat tarawih. Kali ini, aku nak kongsi dengan semua kelebihan & fadhilat solat sunat tarawih.



Kelebihan Solat Tarawih:

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: "Saya telah mendengar sabda RASULULLAH S.A.W mengenai Ramadan: "Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan ALLAH, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."

Fadhilat Solat Tarawih

Fadhilat solat tarawih diriwayatkan oleh Saidina Ali (R.A) daripada RASULULLAH S.A.W, sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat Tarawih pada bulan Ramadan:

Malam 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari ALLAH S.W.T.

Malam 2:
Diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3:
Berseru malaikat di bawah ‘Arasy‘ supaya kami meneruskan solat tarawih terus-menerus. `Semoga ALLAH mengampunkan dosa engkau.’

Malam 4:
Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
ALLAH SWT mengurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam 6:
ALLAH SWT kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya ALLAH mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini

Malam 7 :
Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi A.S menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 :
ALLAH SWT mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi ALLAH, Ibrahim as.

Malam 9 :
ALLAH SWT mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad SAW.

Malam 10 :
ALLAH SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 :
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 :
Datang pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 :
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 :
Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta ALLAH tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15:
Semua malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya ALLAH S.W.T mengampunkannya.

Malam 16:
ALLAH S.W.T tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17 :
Allah S.W.T kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.

Malam 18 :
Seru malaikat: "Wahai hamba ALLAH! sesungguhnya ALLAH telah reda kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)."

Malam 19:
ALLAH SWT meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20:
ALLAH SWT kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21:
ALLAH SWT binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.

Malam 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23:
ALLAH SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur.

Malam 24:
ALLAH SWT buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25:
ALLAH SWT angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26:
ALLAH SWT kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27:
ALLAH SWT kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar

Malam 28:
ALLAH SW. kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat

Malam 29:
ALLAH SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30:
ALLAH SWT beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Wahai hambaku: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW yang bernama ‘Al-Kauthar’”

“Bersama-samalah kita meramaikan dan mengerjakan solat tarawih dengan mengharapkan balasan-Nya di akhirat kelak, Insya-ALLAH”.



* Sumber daripada: islam.dunyahalal.com

Tuesday, July 20, 2010

Pot Pet Pot Pet

Hhmm... Sekarang ni aku dah jadi penganggur terhormat. Nak dok umah je. Maleh nak keje. Korang kat luar sane jangan ikut fiil aku yang mantap ni. Hehe. Bukannye ape, aku nak ready untuk temuduge MOE nnt. (Kononnyelah tapi haram... Takde pon aku study ape yang patut. Dok melepak layan lagu, download movie, layan fb,& yang same waktu dengannyelah. Senang cite, aku ni memang malasla. Titik. Fullstop. Hehe.).

World cup pon dah habis. Aku memang puas hatilah Sepanyol menang setelah 3 lagi team yang aku sokong "bungkus". Ape daa, England, Argentina & Brazil awal-awal lagi balik umah jage anak bini. Tapi bende yang paling tak boleh diterime oleh palotak aku yang x brape nak betol ni ialah kekalahan Brazil. BRAZIL okay, BRAZIL. Lagi skali, BRAZIL. Memang macam mimpi ngeri betol. Tapi nak buat macam manekan, bola itu bulat. Macam kepale dorg. Haha... It's all depends on rezeki dorg. Klu ade, adela. Klu tak ade, balik umah, jage anak bini. That's all. As simple as that ler. Hehe.

Friday, July 02, 2010

Aku Sudah..... Erm......

Salam Malaysia!!!! Haha. Erm, aku pon tak tau nak membebel ape dalam entri kali ni. Sekarang ni aku tengah lepak-lepak sambil wat part time. Alhamdulillah, ade gakla income masuk. Takdela aku dok klikpot-klikpot je hari-hari kat umah. Hehe. Alhamdulillah gak, aku dah 'selamat' mengisi borang penempatan (eGST). Aku pilih S'gor & Perak. Haha. Men boh je tuh. Lantak pi la dapat kat mane-mane pon, janji ade keje. Tapi cam tak caye je yang aku dah abes study. Kejap je rupenye 4 tahun ek... Aku rase skarang ni mase untuk aku huha-huha dah nak abes. Huhu, sedeynyer... Mane taknye, tak lame lg insyaAllah aku akan keje & cabaran hidop pon makin bertambah sbb aku akan masuk 1 lg level baru dalam hidop aku. Hmm, smoge sumenye berjalan dengan lancar. Amin... Dahla, aku malas dah nak membebel & merepek. Nak siap-siap ke tempat keje. Fuyyoo!!! Bunyik cam hebat je. Haha... See yaa!!!

Tuesday, May 25, 2010

Thanks for everything, SUA.....

Salam. Alhamdulillah, sudah hampir seminggu aku telah menghabiskan Latihan Mengajar di SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam dengan jayanya. Boleh dikatakan jayanya jugaklah sebab aku memang seronok buat praktikum di sekolah tu. Budak-budak pon alhamdulillah, baik-baik terutamanya budak-budak yang aku ajar. Yang aku tak ajar pon baik-baik jugak tapi yelah kan, nama pon tak ajar & itu bermakna aku tak berapa kenallah dengan budak-budak lain. Unless kalau yang satu kelab, persatuan or unit beruniform dengan aku, maka kenallah jugak aku dengan mereka.

Masa hari last tu memang sedih. Maklumlah, hampir 4 bulan aku ajar mereka, tup-tup, habis macam tu je. Ada jugak yang menangis & suruh aku ajar dorg lagi tapi nak buat macam mana, tempoh latihan aku sudah pun berakhir. Tapi sampai hari ini, tiap-tiap hari aku terima sms daripada budak-budak tu. Aku pun dah anggap dorg macam adik-adik aku sendiri & bila dorg hantar sms, dorg tak segan bercerita kat aku kalau-kalau ada apa masalah. Dan setiap hari aku cuba untuk bagi semangat pada dorg lebih-lebih lagi sekarang mid-year exam dah nak dekat.

Orang cakap mula-mula memanglah dorg macam terasa kehilangan sebab yelah, aku ambil kelas dorg pon dari awal tahun. Kalau yang budak-budak tingkatan 1 tu lagilah, sampai ada yang fikir kami yang praktikal nilah cikgu sebenar yang akan ajar dorg sampai akhir tahun. Tapi masa nilah aku kena bagi banyak semangat kat dorg sebab ada yang bagi tahu aku, dorg tak mahu belajar kalau aku tak ajar. Adeh, pening gak kepala aku nak pujuk dorg. Tapi tiap-tiap hari aku bagi kata-kata semamgat kat dorg & aku tengok sejak akhir-akhir ada yang dah boleh terima. Harap-harap semua ex-student aku berjaya dalam exam yang akan datang & cikgu akan doakan kejayaaan kalian semua. Amin....












Saturday, April 24, 2010

Separuh, separuh?

Salam & hope semua sihat walafiat. Dah lama aku tak taip apa-apa kat blog aku ni. Mungkinkah kerana ketiadaan masa? Ketiadaan idea? Ataupun ketiadaan suku kata? Haha, merepek sudah... Pejam celik, pejam celik, tinggal lagi lebih kurang 3 minggu waktu aku di sekolah yaang aku buat praktikum. Separuh hati rasa macam tak sabar dah nak balik. Separuh hati lagi rasa macam tak nak tinggalkan sekolah tu. Harap-harap budak-budak yang aku ajar dapat jadi manusia yang sukses satu hari kelak. Bukan hanya yang aku ajar je, tapi semua pelajar sekolah tu...

Monday, February 22, 2010

24, 24, 24....

Assalamualaikum & hi there!!!

Panas betul skarang ni kan? Huhu... Tapi dah nak panas, nak buat macam mana, "di sana" nanti tak tahu lagi macam mana. Erm, tak tahu apa yang boleh dicelotehkan malam ni. But, one thing for sure, i'm 24 years old right now. Woohoo!!! Yeah, 24 already... Sometimes rase macam dah tua but sometimes rase muda je... Heheh.

Oh ya, next Wednesday I'll observe by my lecturer for my LM (Latihan Mengajar). Hope that everything will run smoothly & my budak-budak will listen to me whatever I tell them to do. Doa-doakanlah saya ni. Saya sangat nervous. Jangan blur sudah bila nampak muka lecturer dok perhati saya time saya mengajar nanti. Haha...


Okay, that's all for tonite. Dah running out of idea. Tak tahu nak taip ape... Hope malam ni dapat mimpi-mimpi indah. =)

Monday, January 25, 2010

Selamat Sejahtera, Cikgu!!!

Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Lama dah tak jenguk blog aku ni. Semester ni merupakan semester akhir aku & ini menandakan yang aku telah bergelar guru pelatih (pelatih aje, belum siswazah bertauliah lagi... Hehe). Minggu ini jugalah minggu terakhir aku menjalani Rancangan Orientasi Sekolah 2 (ROS 2) sebelum aku menjalani Latihan Mengajar aku yang akan bermula pada 1 Feb 2010. 14 minggu beb. Berasaplah kepale hotak aku nanti. Dah lah kene mengajar sebelah petang.

Sekolah menengah yang aku pilih pun aku memang tak berapa familiar. Cuma tahu nama je sebab sekolah ni dekat-dekat dengan area kampung aku, kat Sabak Bernam (belah bapak aku). Aku cuma tahu yang sekolah ni memang dah lama wujud & prestasi agak memberangsangkan bagi sekolah di kawasan luar bandar.

Mula-mula, aku agak excited sebab dekat nak balik kampung, hehe... Dah seminggu aku dok sini, rasa buhsan giler sebab memang bukan jiwa aku agaknya tinggal kat kawasan kampung. Otak aku rasa macam nak meletup sebab sangat bosan. Huhu... Ni baru seminggu, belum lagi sebulan, apatah lagi 5 bulan. Huih, kena kuatkan semangat ni. Macam manalah kalau aku dapat posting kat pedalaman nanti. Hajat di hati memang nak jugak dok mengajar kat kawasan-kawasan lampung tapi kalau macam ni gayanya, kena pikir banyak kali... Hehe...


Okaylah, esok-esok aku celoteh lagi. Mata pun dah layu ni. Daaaa...

Monday, January 04, 2010

Welcome 2010!!!

Salam semua.

Pejam celik, pejam celik, dah pun masuk tahun baru, tahun 2010. Aku dapat rasakan yang macam-macam cabaran yang akan aku lalui tahun ni. Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Tapi, sambutan tahun baru tahun ni aku sambut dengan banyak cerita & berita yang tak berapa menyenangkan. Berita paling "utama" ialah tentang isu "posting" para bakal guru. Aku pun tak tahu nak komen apa lagi dah. Macam-macam cerita aku dengar & semuanya tidak mendatangkan ketenangan & kesenangan bagi hati aku ni haa. Hhmmm, entahlah. Terus-terang aku cakap, aku memang 200% tak puas hati pasal isu ni, tapi bukannya aku melulu aje tak puas hati. Setelah aku perhatikan tentang isu ni & juga segala alasan yang diberikan pihak kerajaan, memang aku tak puas hati giler. Kalau diterangkan secara elok-elok, mungkin otak aku yang masih waras ni boleh terimalah jugak tapi alasan yang aku dengar sehingga hari ini semuanya alasan yang memang tahap menyakitkan hati je.


Hhmm, rezeki manusia semuanya datang dari-Nya. Aku harap-harap aku & semua kawan-kawan aku dapat posting. Lambat atau cepat bagi aku tak jadi masalah (tapi janganlah lambat sangat, nanti kawe nak make gapo? Haha), asalkan aku boleh curahkan ilmu yang aku dah tuntut bertahun-tahun ni pada bakal anak-anak murid aku pulak.


Alhamdulillah, result sem lepas dah keluar. Sangat-sangat unbelievable, aku dapat 4 flat. Syukur, alhamdulilah tapi memang aku agak tak percaya masa aku check result hari tu, bahawasanya (haha...) itu adalah result aku untuk exam terakhir yang aku jawab kat UPSI. Maklumlah, aku ni memang malas giler nak study. Otak pun tak cerdik mana, main & auta je lebih. Hahah... Tapi dah mungkin rezeki aku agaknya. So, itulah yang tertera pada slip keputusan exam aku untuk sem 7.


P/S: Check result tengahari tapi bile dah malam (sebelum tido baru aku sedar yang aku dapat 4 flat & maknanya sem 7 adalah REJEKI aku. Haha....). By the way, tahniah jugak kat kawan-kawan yang lain. Aku dengar ramai yang dapat result tinggi-tinggi & mantap-mantap. Hebatlah korang semua... Tabik kat geng-geng AT31!!!

Tuesday, November 17, 2009

Beads & Sequin...

Selamat pagi semua. I'm okay & life has to move on. Beads & sequins. Lately, after habis exam ni, secara tak official nya aku ada "tugas" baru. Hhmm, entah macam manalah boleh jadi ni. Actually, aku memang minat dengan manik & labuci. Rasa puas giler bila satu-satu baju yang dijahit tu dah siap & hasilnya ada depan mata kita. Okay, memang agak susah sikitlah bagi yang baru nak belajar but once you guys dah agak tahu & reti macam mana nak jahit, gerenti korang akan rasa macam "gian" nak jahit manik banyak-banyak kat baju korang. Haha. Okaylah, kat bawah ni, baju kawan aku yang aku dah "blasah" dengan manik & labuci. =)










Thursday, November 12, 2009

13 November 2002...

13 November 2002. Satu tarikh yang aku takkan lupakan selagi hayat dikandung badan. Pada tarikh inilah, arwah mak aku pergi tinggalkan kami semua buat selama-lamanya. Pada masa tu, aku berusia 16 tahun. Aku rasa agak menyeksakan juga sebab tahun berikutnya aku akan hadapi peperiksaan besar, SPM. Perasaan aku pada waktu itu toksah ceritalah, Tuhan sahaja yang tahu. Maklumlah, aku anak tunggal. Tak ada adik-beradik. Pada mak ayah aku jelah aku nak cerita semua perkara. Tapi, aku memang lebih rapat dengan arwah mak aku. Semua perkara daripada hal sekolah hinggalah hal kawan-kawan, semua aku ceritakan pada arwah mak aku. Tak ada yang aku sembunyi. Kat bapak aku tak brape sangat. Biasalah, bapak. Busy dengan kerja lagi.


Aku memang tak sangka. Kepulangan kami ke kampung (Machang, Kelantan) pada bulan November tahun 2002 rupa-rupanya "kepulangan" arwah mak aku buat selama-lamanya. Orang cakap, mereka yang dah nak "pergi" sebenarnya dah tahu tapi tak tahu bagaimana caranya nak bagi tahu pada waris-waris. Bila diingat-ingat balik, ada petanda yang arwah mak aku bagi, cuma aku yang tak perasan. Mengingati mati ini satu perkara yang patut diingati selalu tapi, memang tak terpikir pun hal-hal sebegitu pada waktu itu.


Arwah mak aku memang betul-betul nak "pulang" ke pangkuan keluarganya. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya, dia dikebumikan pun, di sebelah pusara arwah tok ayah aku. Sekarang, dah 7 tahun arwah mak aku pergi tinggalkan aku dan bapak aku. Pejam celik, pejam celik, sekejap je. Aku pun tak lama lagi insyaAllah, akan bergelar cikgu. Tapi terkilan juga sebab arwah mak aku tak dapat lihat semua ni. Tak dapat lihat aku masuk Ting. 6, tak dapat lihat aku masuk U, tak dapat lihat aku berkerjaya nanti, dan tak dapat lihat aku berkeluarga (kalau umur aku panjang...).



Sedih......
I miss you, mom... Really-really miss you....

Wednesday, November 11, 2009

Selesai...

Alhamdulillah, selesai juga akhirnya peperiksaan aku kat UPSI. Selama 3 1/2 tahun aku di sini, hari inilah hari peperiksaan yang paling memeningkan aku. Haha, mana taknya, pagi ada test JPJ then petang ada peperiksaan Penyelidikan Ilmiah. PENYELIDIKAN ILMIAH! Mak aih, dengar nama je pon dah pening. Apatah lagi nak jawab soalan. Dahla tak brapa nak faham. Haha... Walau apa pun, semuanya dah selesai. Sekarang ni just tunggu sahaja keputusan yang bakal keluar kelak & bersedia untuk latihan mengajar pada semester hadapan.









P/S: Aku dah lulus test JPJ kereta pagi tadi. Yahoo!!! Akulah orang kedua & perempuan pertama yang ambil test pagi tadi. Nervous giler beb tapi alhamdulillah, lulus juga akhirnya. Thanks a lot to all the tenaga pengajar terutamanya En. Man yang dah banyak ajar aku. Lepas ni, bolehlah jadi drifter & rempiter yang halal... Yeehaa!!!

Tuesday, November 10, 2009

Cabaran 11/11/09

11/11/09...


Satu tarikh yang bakal membuatkan tidur malamku pada 10/11/09 menjadi tidak berapa lena. Hehe... Kerana apa? Kerana esok adalah hari terakhir aku menjawab peperiksaan di UPSI ni dan esok jugalah hari aku mesti mengadap muka-muka pegawai JPJ (sebab esok aku ada test lesen kereta... Huhu...). Harap kedua-duanya akan berjalan dengan lancar. Aku juga berharap agar masa test JPJ, aku tak gabra (maklumlah, aku ni bila datang gabra, memang gabra giler). Haha... Rileks Lida, rileks....


I hope everything's gonna be just fine. Hanya pada-Mu aku memohon, Ya Allah....
Bye.... Good luck for all my classmates. Do your best.


Assalamualaikum...

Thursday, November 05, 2009

Jom kite mengire!!!

Salam semua.... Jom kite mengire!!! Nak kire ape eh?? Hehe... Sebenarnye aku nak ajak korg2 sume (terutame geng2 kls aku) mengire, bape mggu je lg haa kite dok kt Tg. Malim ni (klu nak rase lame, kirela dlm hari ke, jam ke, lg bgus dlm minit & saat... Haha). Pejam celik, pejam celik, dah semakin hampir ke hjg thn dah. That means, thn dpn dah msuk 2010. Skrg dah bulan 11, mknenye lg 3 bulan je aku nak masuk 24 thn. OH NO!!! Mcm x caye je. Hehe. Maklum le, aku ni lgsg x rase yg aku ni dah 20-an. Haha. Still rase mcm bru je hbs amek SPM.


Tp ade 1 perkare ni yg membuatkan aku sedar yang aku ni dah agak "dewasa", iaitu, ramai gakla kengkawan aku yang sudah & akan berkahwin x lame lg... Korg ni, ish, watpela nak kawen awal2, nnt x puas enjoy. Haha (sesedap rase je aku bertaip2 dlm blog ni eh...). Tp, ape2 pon, kpd kwn2 yg dah nak mendirikan "masjid" tu, aku ucapkan smoga berbahagia, bukan shj hgga ke anak cucu, bahkan hgga akhir hayat korg...


Okay, let's talk 'bout something else la.... Bab2 kawen wat akunye bulu roma tengkuk meremang jer... Haha. Lg 1, ade gak 1 bnde ni yg wat aku slalu berpikir. Psl POSTING. InsyaAllah klu ade rezeki cepat, cepatla aku dpt posting lps grad nnt. But, the question is, WHERE???? Sejak akhir2 ni, perkare ni adalah antare perkare2 yg sering bermain dalam pikiran aku ni haa. Bknnye ape, kami ni hnye diberi 2 pilihan negeri. Klu di masukkan skli daerah kan best... Haha. Hhmmm, ikot perancangan awal aku, sbnrnye aku berhajat gak nak ke negeri di bawah bayu nun haa, Sabah... Tapi byk gak aku kene pikir. Maklumle, aku ni anak tunggal. Akulah along, akulah angah, akulah alang, akulah ateh, akulah usu, akulah aku... Hehe. Klu aku terbang ke sane, sape plakla yg nak jage big boss aku? Hehe. Mmg syok mngajar sane, leh jd OKB (bak kate cikgu kls aku time form 6 dulula). Tp tulah, klu aku tercampak ke sane, at least 5 thn aku kene spend mase2 "dewasa" aku kt sane. Haha... Hmm, klu dpt ngajar sane best jugak, leh jumpe blk geng2 PLKN aku dulu. Rindunye aku kat dorg... Bilelah kite leh jmpe blk ni geng2 Tanaki oi??? Hehe. Tringin gak aku nak tgk muke anak si Ryn. Si Yati, Dyg, Connie, Izwan, Roy, Moy, Noy, Bb, Fatma, Step, Jessie, Ana, Jojo, Zuilyn, Shita, & ramai lg sbnrnye..... Huih, rindunye aku kat korg sume... Bilela kite sume nak jumpe blk yer?? Bape thn dah x jumpe korg. Cmnela korg skrg. Hrp2, aku akan dapat jugak jmpe korg sume. Klu ade rezeki, aku akan pegi jugak Sabah, aku akan cari blk korg. W/pon xdpt jmpe sume, dpt jmpe a few pon kire okla.... Heheh.... Trime kasihla kt korg, sbb byk tlg aku time aku kt sane dulu. Mklumla, aku ni antare bdk2 smenanjung yang mane geng2 aku ramai bdk2 Sabah je... Hehe... Rindu gler kat korg weh.....



Okayla... Smpai di sini je wat mse ni. (Tetibe je teringat kt geng2 PLKN dulu. Tanaki 04 - Delta forever!!! Hehe...)

Sunday, November 01, 2009

Wajah-wajah Pend. KH 06/07


Muke2 innocent warga Pend. KH 2nd Batch.... Tataplah sepuas2nyer yer... hehe

Sudah halal...

Harharhar.... Motor sudah hampir "halal" di jalan raya, tggl kete je lg ni... Korg sume doa2kanlah aku lulus dgn jayenyer. Dgn final exam lg, adus.... Buleh bikin serabut palotak aku ni. Hrp2 sumenye akan berjalan dengan lancar...


6hb & 11hb ni start ler final exam aku. Sem ni ade 2 paper je. So, struggle utk 2 paper jelah sem ni tp dua2 ni bg aku tough gler. Bek bg final projek, aku lg rela maa.... Haha.... Tp xpela, ni sume dah tanggungjawab aku, kenela stdy molek2 & jwb elok2. Hrp2 sume kwn2 aku akan success dalam final exam kali ini... =)

Monday, October 26, 2009

Legeeeee........... Hahahahha.....

Thank God!!!! Hbs jugak sume esemen2 aku. Alhamdulillah, presentation last berjalan dgn lancar w/pon pd mulenye ade gakla mslh teknikal sket. Bile hbs je presentation group aku, rase lege sgt2. Hehe...

Enough talking 'bout assignments. Skrg aku nk merapu psl lesen memandu plak. Haih, x lepas2 lg aku nak amek, ade je kekangan mase. Tp, Rabu ni aku akan gagahi jua utk amek test JPJ (tp aku amek motor je dulu sbb xsmpat nak amek kete, xde mase maa nak gi blajor hr tu... Bz dgn esemen last ler...). Mcm gak rase ni, nak sesak napas pon ade, rase ade butterflies in stomach pon ade, mcm2la. Mmg brani mati tol aku, 3 hari je gi blajo pastu nak amek test dah. Dahla aku agak2 lupela dgn isyarat2 kat bhgn jalan raye tu. Nmpk gayenye, blasah ajerla & tawakal. AKu dah cube shbs baek ni. Hehe. Tpkan, napela nak kene ade lesen2 sume ni. Lecehla. Mmg aku maleh gler nak gi blajor2 & test2 sume nih. Buang karan aku jer. Ce la BAGI je lesen memandu tu... Alangkah bestnye klu bapak aku leh bg aku lesen cenggitu, xyah ssh payah aku nak pegi sekolah memndu 'PEBERET' ramai tu. X kuase uoollsss.... Hahaha....



Okla, esok last aku nak gi blajor, then Rabu adalah penentu sme ade aku akan dpt lesen P or gune lesen AGUNG aku yg slame ni aku gunekan utk merempit ke sane, ke sini...


C ya guys later!!!

Friday, October 23, 2009

Hope that this is not the end.....

Badan & minda aku agak letih lately... Aku ni, jenis yg bile otak or minda aku letih, mmg sluruh anggota badan aku akan down trus. Tp apekan daye, assgnmt byk lg nak kene siapkan. Then kene prepare for 2morrow nite, ade test plak. Ni nak wat keje pon, mate ngantok giler. Rase mmg dah x larat sgt, especially gara2 tesis yg dah "selamat" aku htr yesterday. Bg aku, smlm mmg sukar digmbrkan dgn kate2. Tesis yg org len wat 6 bulan or ade yg sthn, aku wat dlm mase 1 hr je... Bab 4 & 5 lgla, aku finished them in about two hours... Just in TWO HOURS!!! Giler btol otak aku berputar smlm...

Okay, enough for yesterday "crazy" things & let's talk 'bout what just happened. Actually, aku bru je blk dr majlis jamuan DeepaRaya bdk2 kls aku. Nak wat mjls Hari Raye tp sume xde mase. So, we came out with another majlisla, DeepaRaya. At the beginning, mcm besela, sume happy2 & isi perut penuh2. Then, the climax is very touching... Bengkak gak mate bdk2 ni sume. Yg lelaki pon menitis jugak air mate dorg. Mase mintak maap dgn geng2 bdk2 pompuan mmg sedihla, maklumla, pompuan ni emosi lebih drpd lelaki. Ape2 hal, emosi diutamakan berbanding dengan akal fikiran. Itu aku mmg x nafikan sbb pompuankan ade 9 emosi & 1 akal berbanding dgn lelaki yg ade 9 akal & 1 emosi... Time gadoh emosi, time mntak maap pon emosila, ape lg. Hehe... Yg rapat2, yg rapat ala2 suam2 kuku, yg x rapat pon, sume mnagis... After mntak maaf dgn bdk2 pompuan, turn dgn bdk2 lelaki plak. Tp dlm byk2 bdk lelaki kt kls aku, 4 org je yg boleh membuatkan aku x terkate bile dorg berdiri dpn aku. Yg berkate2 hanyelah air mate yg berjurai2 gugur ke pipi. Nak kate dorg rapat dgn aku, tidaklah sgt. Tp aku rase, dorglah antare org2 yg bg impak dalam hidup aku. Impak positif. Byk bg semangat, mengajar aku erti persahabatan, tlg-menolong, mengajar aku erti kesabaran, & byk lglah.

Aku ramai gak kwn2 yg rapat tp bile aku ade prob, x sume org yg aku rapat aku akan dekati. Sbbnye, aku sndri pon xtau knape... Dan aku akan cari org yg aku rase selesa utk m'ceritakan ape yg sedang terbuku dalam hati aku pd mase itu. SELESA & yg plg penting PERCAYA. Bknnye aku x percaye kwn2 aku tp x sumenye aku selesa utk bercerita ttg mslh aku & those peoples who are always listened to my problems, thank you very2 much. At least, I know that I still got friends that always by my side....

To all my classmates (Pend. Kemahiran Hidup sesi 06/07 in UPSI), thank you from the bottom of my humble heart. I'll always remember you guys wherever I go & wherever live..... Thanks guys....

Tuesday, October 06, 2009

Pangkor '09






Seperti yg dijanjikan, inilah di antara gambar2 semasa aku n bdk2 kls aku di Pangkor hr tu. Nak boh byk2 nnt pack sgt. Hehe...